Guru Kantoi Rogol Murid Perempuan Dua Kali Dalam Kereta

Sharing is caring!

Guru sekolah menengah ditahan polis kerana disyaki merogol pelajarnya di Siburan. Suspek berusia 51 tahun itu ditahan di rumahnya di Tapah dekat Siburan, kira-kira 7 malam semalam. Dia ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata perbuatan suspek terbongkar selepas remaja perempuan berusia 14 tahun menceritakan kejadian kepada seorang lagi gurunya.

Loading...

Menurutnya, terkejut dengan pengakuan itu, guru terbabit kemudiannya memaklumkan kejadian kepada ibu mangsa.

“Ibu mangsa yang berusia 44 tahun kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Siburan, pada kira-kira 5 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati mangsa sudah dua kali dirogol oleh suspek di dalam kereta di Siburan antara bulan lalu dan baru-baru ini,” katanya di Kuching, hari ini.

Dev berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching di Petra Jaya, hari ini, untuk mendapatkan perintah reman. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan siasatan lanjut masih giat dijalankan polis.

Reman 7 hari

MAHKAMAH Majistret Kuching, di Petra Jaya, membenarkan perintah reman tujuh hari, bermula hari ini, terhadap guru yang disyaki merogol pelajarnya di Siburan.

Loading...

Suspek berusia 51 tahun yang memakai pakaian lokap itu tiba di kompleks mahkamah, pada 9.15 pagi. Perintah reman dikeluarkan Majistret Zulhairil Sulaiman selepas dimohon pegawai penyiasat Inspektor Nurliza Md Ruzli.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Sumber: Eberita

LELAKI BERKAHWIN DENGAN PATUNG SILIKON. INI PERKEMBANGAN MEREKA SETELAH 4 TAHUN

Seorang jurugambar dari Jerman yang dikenali sebagai Sandra Hoyn mengejutkan ramai dengan beberapa siri foto yang berjaya mendedahkan kisah seorang lelaki yang hidup bersama patung silikon.

Apa yang menariknya, lelaki yang dikenali sebagai Dirk itu menganggap patung silikonnya adalah kekasih sehidup semati dan bukan hanya mainan semata-mata.

Menurut Dirk, patung yang diberi nama Jenny itu sebenarnya mempunyai emosi, boleh berkata-kata dan mendengar.

Ini antara gambar yang dikongsi Sandra Hoyn mengenai kehidupan unik Dirk dan Jenny.

Tidur bersama

Mandi bersama

 

Isterinya sedang sakit

 

 

Makan bersama-sama

 

Mungkin kedengaran aneh, namun Dirk mendakwa kehadiran Jenny telah mengubah hidupnya menjadi lebih bahagia dan ceria sejak empat tahun lalu.

Loading...

Malah, Dirk dikatakan menjaga Jenny dengan begitu rapi seolah-olah melayan manusia sebenar seperti menyikat, memandikan, dan termasuk mengurut kaki Jenny..

Di kemaskini dan Di olah Oleh : Kisah Benar Media Network

Sharing is caring!

Loading...